Sepsepsep Tomtomtom

18 April 2012

Running Man Safiyyah yaww~

Di pagi ahad yang cerah bersamaan 15hb April berlangsungnya salah satu aktiviti sempena Safiyyah Carnival. Bersama motto 'Let's Love Safiyyah' maka sebagai warga Mahallah Safiyyah dengan ini kami menunjukkan rasa cinta dan kasih yang tidak berbelah bahagi sebagai kenangan pelajar sem akhir.

Puihhh pengenalan tak boleh nak puitis lagi???

Ok mari kita pergi ke isi pertama. *sambil pimpin tangan korang*

Alah, sebenarnya program ni program Explorace tapi disebabkan kegilaan remaja-remaja terhadap K-pop Running Man show jadi bernamalah Running Man Safiyyah. Tapi mana man nya? Girls je kelihatan. 




Ini kumpulan kami. Disebabkan commitee yang anjurkan suruh kami namakan group memasing dengan nama korea jadi kamilah DAEBAK UNNI!!!!!!! Perghhh nama taknak kalah. Kelas kau maria! Daebak = hebat, Unni = pangkat kakak la.

Sebab apa Daebak Unni.?? Sebab kitorang jek student final year yang terkinja-kinja mau join ini program. Group lain semuanya budak first year.  Huhhh tak challenging langsung. Confirm-confirm dah tau sapa menang! 

Ada 7 groups. Ada yang nama LoL LoL. Kalau tengok Running Man mesti tau dari mana nama LoL LoL datang. Yess pandai korang teka! Of coz Kang Gary. Stresssss! Yang tak pandai teka tu boleh pergi tengok Running Man sekarang. Dasar tak up to date. 

Ada 1 group tu nama dia Chincha maksudnya Oh really?? So kalau kitorang sebut group diorang mesti buat ekpressi muka terkejut sambil sebut 'chinchaa???'  Hei bukan cincau lah! Aku tepuk jugak mulut sapa yang tak pandai sebut tu!

Sebab dah nama permainan ni pun Running Man so semua games dia of koz la amek dari Running Man show tu jugak. Jadi tak sia-sia saya selaku pengikut setia Running Man episod 1-87 ( la ni baru sampai 87, sebab kena tunggu roomate aku yang melayu-tapi-pandai-cakap-korea-yang-tengok-cerita-korea-tak-payah-download-subtitle-melayu) tu ada next episod pastu nanti jerit-jerit dalam bilik 'Fyza, nak running man tak????' Maka berlari-lari aku ke compartment dia sambil bagi pendrive. Kau tak payah nak gigih sangat explain boleh? Orang taknak baca la. Ok fine. (-_-)"

Maka, check point pertama. Task dia  'Tulis 5 perkara yang anda tak suka pada sticky notes dan tampal kat badan dan menari selama seminit untuk tanggalkan sticky notes tu'. Diorang ni tak patut tau. Kalau ye pun  budget tak semenggah sangat, sticky notes tu jangan beli yang murah sangat boleh? Of koz la senang sangat tertanggal. Tak sempat nak gelek gerudi pun semua sticky notes kat badan dah tertanggal. 

Comel aje si haroro ni~

Check point 2. Ada 2 task. First, 'tendang bulu tangkis 10x semua ahli group dalam sekali percubaan. Ni macam Running Man episod in Great Wall China tu. Tapi ni kitorang gagal. Dapat 9/10 je. Dasar kaki capik. Next task, 2 ahli kena skipping while lagi dua hayun skipping tu. Yang ni pass. Dulu time kecik-kecik memang tiap-tiap petang gamaknya main getah kan haruslah pandai melompat. Oh ada 3rd task flip coin. Yang ni susah. Mak jemah je boleh buat sebab tangan die lebar. Hahaha. Sebab satu task fail, dendanya nyanyi lagu IIUM yang versi baru. Sebab kami student lama jadi tak tau lagu baru. Huh memalukan betul. Yang tersemat dalam hati hanyalah lagu IIUM Matriculation Center sebab lagu tu sedap sampai terkesan di hati. Nasib baik cikgu nisa penyelamat, dia je nyanyi sensorang. Nak harapkan aku nyanyi lagu Madah Berhelah jela pandai.

Ni masa explorace Mahallah Safiyyah jugak beberapa tahun lepas. Kena denda nyanyi lagu Dan Sebenarnya-YUNA.

Check point 3. Task dia 'Diberi simpulan bahasa pada 1st group member,lukis, tunjuk pada next member, next member pon lukis tapi hanya orang yang last je teka'. Simpulan bahasa air muka. Nisa orang first melukis. Muka orang dah jadi, tapi lukis cawan. Mana airnya? Nasib baik i pandai teka. Terus lukis air dan muka pass kat next person. Yang tak tahan sebab nganjing lukisan mak jemah. Huduh gila lukis muka orang. Terbahak-bahak miza selaku orang last yang teka. Sebab semua orang pon Bahasa Melayu UPSR dapat A jadi teka meneka ni semol mater!

Check point 4. Halaaa penatla nak cerita. Tapi kalau tengok Running Man Episod 75 yang ada Minho yang comel tu taula pasal apa. Yes lagi sekali korang pandai teka. Math genius. Kiranya collect 1 no di setiap check point dan carik 3 mathematic sign dan bawak ke last check point untuk selesaikannya.


Kalau Running Man, ada strip nametag orang lain kan tapi tidakla Runningman Safiyyah begitu. Kalau Runningman Safiyah ada buat camtu aku la manusia paling bahagia nak bergomol-gomol berguling-guling tarek-tarek tudung dengan junior tanggalkan nametag diorang. HaHa.

Tapi task last sekali yang selesaikan matematik tu kitorang kalah. Sebab apa kalah?? Sebab dasar budak accounting tak reti kira simple math. Dah biasa yang advance calculation bila bagi simple calculation kitorang merasakan itu remeh dah seharusnya bagi peluang pada junior-junior untuk selesaikannya. Kahkah. Tapi, tapi, tapi kitorang menang untuk keseluruhan game di setiap check point dengan markah tertinggi. Daebak tak? Seharusnya daebak!


Yang hadiah hamper tu untuk pemenang tempat terakhir dalam Math Genius. Eh dapat hamper jugak tau even kecik. Yang mug tu sebab markah tertinggi. Ha kau ada?? Ha takda diam!


Afterall, event ni besh bagi orang yang pemalas bersenam macam aku ni. Sebab kesannya besok pagi terkengkang-kengkang jalan pergi kelas. Veteran la katakan. Thanks Mahallah Safiyyah =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...